CUKAi KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gains Tax (RPGT) ini bukan lah perkara baru. Polisi ini telah diperkenalkan sejak 1975 melalui Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Dalam bahasa mudah, CKHT ialah:

Cukai yang dikenakan ke atas keuntungan modal (atau untung bersih) yang terhasil daripada pelupusan (penjualan) sesuatu hartanah.

Dalam pembentangan Bajet 2019 sebelum ini, satu pengumuman telah dibuat berkaitan CKHT:

Kerajaan akan memperkemas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya, seperti berikut:
• Bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 5% kepada 10%; dan
• Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 0% kepada 5%. Walaubagaimanapun, CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di bawah RM200,000.

 

Bajet 2019 - CKHT

 

Apa perbezaan pegumuman ini dengan polisi semasa?

 

POLISI SEMASA

Tempoh pelupusan Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
Syarikat

Individu (Warganegara/Penduduk Tetap)

Individu (Bukan warganegara)

Pelupusan dalam tempoh 3 tahun 30% 30% 30%
Pelupusan pada tahun ke-4 20% 20% 30%
Pelupusan pada tahun ke-5 15% 15% 30%
Pelupusan pada tahun ke-6 dan ke atas 5% 0% 5%
(Sumber: www.mylawyer.com.my)

 

 

POLISI BAJET 2019 (Maklumat tertakluk kepada sebarang pengumuman dan perubahan semasa kelak.)

Tempoh pelupusan Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)
Syarikat Individu (Warganegara/Penduduk Tetap)

Individu (Bukan warganegara)

Pelupusan dalam tempoh 3 tahun 30% 30% 30%
Pelupusan pada tahun ke-4 20% 20% 30%
Pelupusan pada tahun ke-5 15% 15% 30%
Pelupusan pada tahun ke-6 dan ke atas 10% *5% 10%
*Tidak termasuk harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di bawah RM200,000.

 

 Kemungkinan yang bakal berlaku kepada pasaran hartanah?

Masih terlalu awal untuk menjangka kesan jangka panjang. Ada yang mengatakan langkah ini dapat menggalakkan penjualan unit hartanah underconstruction kerana kemungkinan kekurangan bekalan rumah subsale pada masa  akan datang. Mungkin juga sebaliknya boleh berlaku. Cuma yang jelas, pemilikan oleh syarikat dan individu bukan warganegara dilihat akan semakin terkawal dengan pengenalan cukai ini dengan 10% cukai minima akan dikenakan bagi setiap pelupusan hartanah. Perlu diingatkan, cukai ini hanya dikenakan sekiranya terdapat keuntungan bagi pemilik hartanah dalam transaksi jual & beli. Sekiranya rugi atau tiada keuntungan, tiadalah CKHT untuk anda.

 

Pelabur hartanah jangka masa pendek (Flipper) bawah tempoh 5 tahun.

Buat masa ini masih belum ada perincian tentang sebarang perubahan kepada pelupusan hartanah di bawah tempoh 5 tahun. Sekiranya tiada perubahan, golongan ini mungkin paling kurang terkesan dengan pengumuman terkini berkaitan CKHT.

Pelabur hartanah jangka masa panjang (pegangan melebihi 5 tahun)

Inidividu dalam golongan ini berkemungkinan yang paling terkesan dengan pengumuman ini. Sekiranya mana-mana pemilik hartanah bercadang untuk melupuskan pegangan hartanah mulai Januari 2019, mereka akan dikenakan cukai tambahan 5% atas keuntungan penjualan hartanah masing-masing, walaupun pegangan dah melebihi 5 tahun.

Pemilik hartanah untuk kediaman sendiri

Bagi golongan ini, kesan CKHT mungkin hanya akan dirasai apabila pemilik bercadang untuk  berpindah atas sebab upgrading lifestyle. Mereka akan melupuskan hartanah untuk pembelian yang baru. Oleh itu, mereka perlu memastikan keuntungan selepas ditolak cukai dapat digunakan untuk pembelian rumah seterusnya.

Bakal pembeli rumah pertama

Bagi pengumuman berkaitan CKHT, mungkin tidak banyak kesan kepada bakal pembeli rumah pertama. Cuma dijangkakan, pembeli rumah pertama akan lebih tertarik untuk melihat projek perumahan baru yang dilihat lebih banyak diberikan keistimewaan bagi golongan pembeli rumah pertama dalam pembentangan Bajet 2019 yang lalu.

 

Rugilah kalau nak jual hartanah tahun 2019?

Nak diikutkan, tiada kerugian pun kalau ada yang bercadang nak jual rumah tahun 2019. Cuma keuntungan yang bakal diperolehi tu dikurangkan sedikit dengan pengenalan CKHT yang baru. Tapi kalau betul ada yang bercadang nak jual, boleh cuba jual awal sebelum bermulanya Januari 2019. Klik sini untuk saya semak nilai hartanah, dan kita boleh bincang lebih lanjut untuk proses penjualan.

Boleh juga merujuk kepada mentor hartanah Faizul Ridzuan untuk pandangan beliau yang lebih tepat melalui video ini:

RPGT NAIK? MATI LAAAAA KITA!!!!!!!!

RPGT NAIK? MATI LAAAAA KITA!!!!!!!!.- Flipper/spekulator hartanah akan terkesan teruk sebab mereka pelabur jangka masa pendek. Mereka yag beli untuk simpan minimum 5-10 tahun, akan okay sahaja. .- But sebelum anda kena bayar RPGT, anda kena ada untung dulu. Kalau dah terbeli hartanah grade D & E, memang 99% takkan untung in the 5 tahun, so tak perlu risau pasal RPGT..- 5% cukai BTW, masih sangat rendah. Cukai pendapatan untuk mereka yang ada pendapatan RM100k setahun, hampir 20%. .- Saya biasanya bayar cukai RPGT 20% secara purata sebab beli hartanah gred A & B untuk pelaburan. Lebih baik bayar 20k cukai sebab untung RM100k berbanding bayar zero cukai tapi sebenarnya tak untung langsung pun. .- Btw, kepada yang ada ilmu lebih sikit, mereka boleh beli hartanah tahun 2019 dan jual lepas setahun pada 2020 dengan untung RM100,000. Mereka ni patutnya perlu bayar cukai 30%, tapi kalau ada ilmu sikit, cukai 30% tu boleh jadi 0%. .Jadi, ada tak yang nak belajar 2 benda ni :.1. Cara nak bayar RPGT kosong walaupun jual hartanah yang dibeli hanya selepas 12 bulan?.2. Kategori hartanah mana yang akan menang besar dgn kewujudan RPGT 5% ni? ( Hint : bukan hartanah bawah 200k tu ).Cukup 5000 shares untuk video ni sebelum 12pm 7th November, saya akan kongsikan seara terbuka. Kalau tak, saya akan kongsikan dalam webinar tertutup untuk mereka yang dah join FRPG atau MEB online sahaja.

Posted by Faizul Ridzuan on Monday, 5 November 2018

 

2 thoughts on “Bajet 2019: Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)”

  1. Hi there very cool blog!! Man .. Excellent .. Wonderful ..
    I’ll bookmark your web site and take the feeds also?
    I am satisfied to seek out a lot of helpful info right here in the put up, we need work out more strategies in this regard, thanks for sharing.
    . . . . .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *