Pernah menjual atau membeli hartanah melalui pihakĀ  ejen hartanah? Atau tak pasti sama ada itu ejen atau broker? Dalam proses menjual dan membeli hartanah ini, anda perlu melihat latar belakang pihak yang melakukan rundingan kerana transaksi ini melibatkan sejumlah wang yang sangat besar!

Dalam satu artikel yang dikeluarkan yang telah dikeluarkan sekitar Oktober 2018 (rujuk sini), Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT) telah menyatakan bahawa tindakan tegas akan dikenakan bagi broker yang tidak berdaftar dalam penjualan dan pembelian hartanah.

Apa salah broker hartanah tidak berdaftar?

Untuk transaksi yang melibatkan jumlah wang yang besar seperti hartanah, perlu ada badan yang memantau pihak-pihak yang terlibat, demi memastikan segala proses penjualan atau pembelian hartanah dilakukan mengikut undang-undang. Dalam kes ini, Lembaga Penilaian, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) adalah antara badan yang mengawal dan memantau aktiviti semua Ejen Hartanah di luar sana.

Tapi, ada segenlintir pihak yang tidak berdaftar di bawah LPPEH seperti broker, melakukan aktiviti yang sama seperti ejen-ejen hartanah berdaftar dan ini membuka risiko yang sangat tinggi kepada pengguna, kerana mereka bertindak TANPA terikat dengan mana-mana peraturan di bawah LPPEH.

Langkah kerajaan mengawal aktiviti broker tidak berdaftar.

Tindakan undang-undang di bawah peruntukan Akta di bawah Subseksyen 30A akan diambil secara tegas terhadap broker-broker hartanah yang menjalankan kegiatan haram di negara ini. Perkara ini berikutan peningkatan dalam berlakunya pelbagai jenis penipuan terhadap pembeli dan penjual dan semakin ramai orang yang mengambil kesempatan untuk menjadi broker hartanah yang tidak berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin juga berkata bahawa industri hartanah mampu memberikan sumbangan yang besar memandangkan 60% daripada RM139 billion transaksi negara ini adalah daripada ejen-ejen hartanah.

Merancang untuk membeli atau menjual hartanah dalam masa terdekat?

Jadi sekiranya anda merancang untuk membeli atau menjual hartanah anda, lakukan sedikit semakan latar belakang pihak yang menguruskan transaksi anda. Menggunakan khidmat Ejen Hartanah merupakan satu cara yang dapat memudahkan pengguna dalam transaksi hartanah. Seorang ejen hartanah atau Perunding Hartanah dapat menjimatkan masa, memudahcara serta memasarkan hartanah anda mengikut cara yang betul.

Minta kad nama ejen

Pastikan dapat kad nama ejen tersebut dan jika masih ragu-ragu, cuba semak di laman web syarikat tersebut dan juga laman web LPPEH jika terdapat permasalahan.

Contoh semakan di laman web LPPEH

Pastikan Duit Muka Maksimum 3% (Earnest Deposit)

Jumlah muka adalah 10% tetapi baki 7% yang perlu dijelaskan adalah hanya ketika Sales and Purchase Agreement (S&P) ditandatangani.

Jangan Bayar ke Akaun Indidvidu

Ini paling utama. Sebarang pembayaran mestilah dibuat ke atas akaun syarikat (client account) dan bukan akaun ejen tersebut. Client account ini diwujudkan bagi memastikan pemulangan deposit spenuhnya dapat dilakukan sekiranya permohonan pinjaman perumahan pembeli tidak diluluskan, mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Masyarakat juga seharusnya meningkatkan pengetahuan dan maklumat mereka bagi mengelakkan menjadi mangsa. Sekiranya anda ingin berurusan dengan ejen hartanah, sentiasa ikut langkah mudah di atas bagi memastikan dia benar-benar ejen hartanah yang sah. Jangan risau, saya juga Perunding Hartanah yang berdaftar. Jadi, boleh terus berhubung dengan saya di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *