Ada rancangan untuk jual rumah anda?

Nak jual rumah kena ada perancangan yang betul. Penjualan rumah ni adalah suatu transaksi yang besar dan melibatkan banyak proses. Bukan macam jual barang dekat Lazada yea!

Kalau tersilap langkah, proses penjualan rumah akan memeningkan pemilik rumah, malah mungkin merugikan. Buat apa jual kalau rugi, kan? Jadi saya nak share langkah-langkah asas yang boleh anda ambil sebelum tuan puan nak cuba jual rumah dengan lancar. Ambil masa 5 minit dan Insya Allah, moga semua urusananda berjalan lancar!

 

Harga

Nak tetapkan harga rumah yang nak dijual ni memang mencabar. Kalau letak harga rendah sangat, nanti rugi. Nak letak harga tinggi sangat, tiada orang teringin nak beli.

Jadi, rajin-rajinkan diri untuk buat sedikit rujukan sebelum menetapkan harga jualan. Buang segala emosi yang menyebabkan kita rasa rumah kita patut dijual mengikut harga yang jauh lebih tinggi. Cuba letakkan diri kita sebagai seorang prospek yang ingin membeli rumah. Contohnya, kalau dalam kawasan atau taman tu purata harga rumah adalah sekitar RM300,000 ke RM320,000, dan anda ingin menjual unit anda pada harga RM380,000, rasanya akan ada ke yang akan berminat?

Cara yang paling tepat adalah dengan mendapatkan harga pasaran semasa (Market Value) dan jika boleh, dapatkan juga sejarah harga trasaksi terkini untuk kawasan anda. Market value boleh diperolehi dari pihak:

  • Bank
  • Penilai Hartanah berdaftar
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Cara yang paling mudah adalah dengan buat semakan dengan Perunding Hartanah berdaftar. Kenapa? Sebab ianya adalah PERCUMA! [KLIK SINI] untuk buat semakan secara PERCUMA!

 

Dokumen

Sebelum merancang untuk menjual hartanah anda, semak semula segala dokumen berkaitan unit tersebut. Antara dokumen penting yang perlu anda ada:

  • Salinan Perjanjian Jual dan Beli (SPA)
  • Bil cukai pintu dan cukai tanah
  • Bil utiliti
  • Bil penyelenggaraan (sekiranya ada)
  • Salinan geran atau Strata, sekiranya ada
  • Bil guaman dan segala kos renovasi unit sekiranya ada (bagi tujuan pengiraan RPGT)

Nampak macam banyak bukan? Tapi sekiranya dokumen di atas tersedia awal, ia akan memudahkan tugas peguam dan juga memendekkan tempoh urusan proses penjualan hartanah anda. Sekiranya tidak pasti berkaitan dokumen yang diperlukan, anda boleh semak dengan pihak peguam atau Ejen Hartanah berdaftar.

 

Gambar

Sebelum nak iklankan unit anda, mesti perlu ada keterangan berkaitan unit anda dan juga gambar, betul? Di zaman ini, impresi pertama adalah sangat penting. Kalau anda iklankan di platform internet, gambar yang cantik dapat menarik perhatian prospek, sekaligus mempercepatkan lagi proses penjualan. Sekiranya mampu, dapatkan khidmat jurugambar profesional untuk dapatkan hasil terbaik.

Bukan sahaja pada iklan, unit anda juga harus diperbaiki dan dikemaskan. Baiki segala kerosakan atau kebocoran yang terlalu jelas, cat rumah atau potong rumput di halaman rumah. Sekali lagi, letakkan diri kita sebagai seorang prospek. Mana yang anda akan pilih, rumah yang kemas atau rumah yang penuh dengan sampah-sarap di bahagian laman?

Keterangan yang lengkap berkaitan rumah juga amat membantu dalam pengiklanan. Prospek amat menghargai maklumat berkaitan unit seperti jumlah bilik tidur, sebarang renovasi tambahan, keluasan unit dan fasiliti yang ada disekitar unit anda. Jadi, masukkan segala maklumat yang berkaitan untuk meningkatkan lagi minat prospek.

 

Promosi

Kebiasaanya, bukan anda seorang sahaja yang ingin menjual unit di sesuatu kawasan dalam waktu yang sama. Mungkin ada banyak lagi unit sekitar yang sudah ada di dalam pasaran menanti pembeli. Jadi, bagaimana anda dapat menarik minat prospek dalam keadaan ini?

Wujudkan promosi atau tambahan nilai kepada unit anda. Contoh yang paling berkesan, pastinya pada harga jualan anda. Pastikan ianya tidak terlalu jauh dari harga pasaran. Mudahkan juga pembayaran deposit 10% untuk prospek. Tak pasti caranya? Dapatkan pandangan dan nasihat daripada Ejen Hartanah berdaftar.

 

Perunding Hartanah atau Ejen Hartanah

Bagi yang merasakan perkara-perkara di atas memeningkan, hubungi dan lantiklah mana-mana ejen hartanah berdaftar. Pastikan Ejen atau Perunding Hartanah berdaftar, bagi memastikan segala proses dilakukan mengikut undang-undang dan tidak mendatangkan masalah kepada pemilik atau bakal pembeli kelak.

Ejen atau Perunding Hartanah adalah pihak yang berpengalaman dalam urusan penjualan dan pembelian hartanah. Selain memudahkan dan mejimatkan masa pemilik hartanah, ejen juga mampu menjimatkan kos-kos yang terlibat kepada pemilik dan juga prospek. Fee profesional untuk khidmat ejen hartanah dapat dimasukkan dalam pengiraan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang dikenakan ke atas pemilik hartanah.

Ejen Hartanah juga mampu berkongsi kepakaran dan pengalaman bagi setiap proses yang terlibat. Jadi sekurang-kurangnya anda akan tahu apa yang seharusnya berlaku semasa proses pertukaran nama diuruskan oleh pihak peguam.

Ejen hartanah akan bantu segala kerja jualan dan pengiklanan. Tiada kos tambahan kepada pemilik. Mereka juga akan memberikan cadangan dan khidmat nasihat bagi memastikan tiada kerugian berlaku kepada kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.

Kesimpulannya, diharapkan artikel ini dapat memberikan sedikit panduan kepada pemilik hartanah yang bercadang untuk menjual unit mereka. Buat sedikit kajian bagi memastikan proses penjualan unit anda berjalan dengan mudah. Bagi yang mencari khidmat perunding hartanah berdaftar untuk urusan penjualan hartanah anda, boleh [KLIK SINI].

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *